iStudio PSTP

PSTP kini mempunyai sebuah studio rakaman iaitu iStudio yang lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan para pensyarah di UTeM menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk video. Para pensyarah boleh mendapatkan bantuan rakaman video di dalam iStudio.

Bantuan rakaman yang dipohon mestilah mempunyai kaitan dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Tempoh rakaman video yang dijalankan boleh dilakukan dalam jangkamasa pendek ataupun panjang bergantung kepada keperluan pensyarah berkenaan.

Untuk melihat jadual penggunaan iStudio, sila hubungi pegawai PSTP UTeM : En. Muhamad Azmi (06-270 4532 / muhamad.azmi@utem.edu.my) untuk keterangan lanjut.