National University Carnival on e-Learning (NUCEL 2015)

  • October 1, 2015
  • 2015

Idea penganjuran Karnival e-Pembelajaran Universiti-universiti peringkat Kebangsaan dicetuskan oleh Majlis Ketua-ketua e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA). Objektif utamanya adalah untuk memperkenal dan mempromosi e-Pembelajaran sebagai kaedah pembelajaran terkini dan terbaik selain mengeksplorasi dan berkongsi kemahiran, praktis terbaik teknologi terkini di kalangan seluruh warga institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Karnival ini juga dianjurkan sebagai menyokong salah satu dari Big Idea bagi memperkasa kualiti pengajian tinggi iaitu Globalized Online Learning (GOL). Karnival akan merangkumi tiga aktiviti utama iaitu, pameran, pertandingan dan pengiktirafan serta anugerah bagi menghargai pencapaian e-Pembelajaran.

Karnival ini dianjurkan oleh Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai hos utama serta kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan akan berlangsung pada 14-15 Disember 2015.