Pelaksanaan “Malaysia – Massive Open Online Courses (MOOC)” di IPTA

  • September 1, 2015
  • 2015

Kementerian berhasrat untuk menjadi hab perdana pendidikan melalui GOL (Globalised Online Learning). Lonjakan ini akan menyaksikan peningkatan akses kepada pendidikan berkualiti untuk rakyat Malaysia dan komuniti global, menyediakan penyampaian kursus yang cekap, membina jenama pendidikan Malaysia dan meningkatkan kecemerlangan IPT, khususnya dalam bidang tujahan dan kepakaran.

Kementerian Pendidikan Tinggi melancarkan 60 lagi kursus dalam talian atau Massive Open Online Courses (MOOC) yang ditawarkan di 20 universiti awam di negara ini. Semua kursus disediakan percuma di www.openlearning.com/malaysiamoocs iaitu platform rasmi MOOC bagi semua pelajar universiti dan orang ramai.

Pelbagai kursus ditawarkan kepada pelajar dengan tajuk pilihan yang terdiri daripada Perniagaan, Kejuruteraan, Keusahawanan, Kewangan, Penjagaan Kesihatan, Bahasa dan Teknologi.

UTeM MOOC menawarkan 4 kursus MOOC di www.openlearning.com/utemmooc iaitu: