Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Rasmi PSTP. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 06 270 4526 / 4529 atau e-mel kepada kami di pstp@utem.edu.my

Apakah maksud PSTP ?

PSTP ialah singkatan kepada Pusat Sumber dan Teknologi Pengajaran (PSTP).

PSTP ditubuhkan sebagai Pusat Tanggungjawab pada 26 April 2013.

Pada 16 October 2014, PSTP diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Di manakah PSTP beroperasi?

PSTP kini beroperasi di Kampus Teknologi UTeM yang terletak di kawasan perindustrian Ayer Keroh dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), kira-kira 5 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh.

Alamat PSTP:

Pusat Sumber & Teknologi Pengajaran
Aras 5, Bangunan FKM,
Kampus Teknologi,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka

Waktu operasi PSTP?

Waktu operasi PSTP:

  • Isnin sampai Jumaat (8.00am-5.00pm)

Waktu Rehat:

  • Isnin sampai khamis (1.00pm - 2.00pm)
  • Jumaat (12.15pm - 2.45pm)

Cuti :

  • Sabtu dan ahad
  • Cuti Umum
Apakah fungsi utama PSTP?
PSTP berfungsi mengaplikasi ciri-ciri e-Pembelajaran berubah selaras dengan kemajuan dan pembangunan teknologi pendidikan e-Pembelajaran melalui program latihan kepada staf akademik, pelajar dan staf sokongan.​
PSTP mempunyai berapa jabatan?

PSTP mempunyai tiga (3) jabatan iaitu :

1 - Jabatan Pengurusan Struktur Infra & Pembangunan Struktur Info

2 - Jabatan Pembangunan Sumber Pembelajaran Terbuka

3 - Jabatan Pembangunan e-Kandungan Asli

Bagaimanakah untuk menghubungi kami?

Jika terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian + 606-234 6793 / 6507 atau email kami di email pstp@utem.edu.my

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di PSTP ?

Perkhidmatan yang ditawarkan di PSTP ialah :

- bilik iStudio untuk rakaman P&P

- ULearn - Sistem Pengurusan Pembelajaran UTeM

- Pembangunan iBook

- MOOC UTeM

- OCW UTeM

dan lain-lain lagi

Apakah fungsi bilik iStudio?

PSTP kini mempunyai sebuah studio rakaman iaitu iStudio yang lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan para pensyarah di UTeM menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk video. Para pensyarah boleh mendapatkan bantuan rakaman video di dalam iStudio.

Bantuan rakaman yang dipohon mestilah mempunyai kaitan dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Tempoh rakaman video yang dijalankan boleh dilakukan dalam jangkamasa pendek ataupun panjang bergantung kepada keperluan pensyarah berkenaan.

Bagaimanakah untuk menempah bilik iStudio PSTP?

Untuk menempah bilik iStudio, sila hubungi pegawai PSTP UTeM : En. Muhamad Azmi (06-234 6473 / muhamad.azmi@utem.edu.my). Sila buat tempahan 3 hari sebelum rakaman berlangsung.

Laman Sosial PSTP?

Anda boleh melayari laman sosial PSTP iaitu Facebook, YouTube dan Flickr

Bagaimanakah saya hendak akses ULearn UTeM?

Anda boleh akses ULearn UTeM di https://ulearn.utem.edu.my/

Jika saya terlupa password ULearn (Office 365)
1. Masuk dan login di portal Sistem Maklumat Pelajar (SMP) UTeM http://portal.utem.edu.my/iclm/
    *Jika lupa password SMP UTeM sila  telephone helpdesk PPPK UTeM 06- 331 6328 untuk proses reset password SMP.

2. Pilih OAS/eMail

3. Klik Email dan tekan reset email password
4. Katalaluan email anda akan reset ke 12345678 selepas 5 minit keatas.
6. Sila login semula di https://login.microsoftonline.com/?whr=utem.edu.my dengan usernama ialah matricno@student.utem.edu.my dan reset password12345678
7. Kemudian, sila update semula katalaluan email dengan katalaluan yang baru.
8. Selepas update katalaluan yang baru, login semula ke http://ulearn.utem.edu.my/