MoA diantara UTeM dengan Openlearning

Massive Open Online Course (MOOC) Malaysia telah dilancarkan pada bulan September 2014 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, setiap Universiti Awam (UA) perlu membangunkan dan menawarkan sekurang-kurangnya tiga (3) kursus secara MOOC setiap tahun yang merangkumi kursus umum, kursus nic dan kursus pembelajaran sepanjang hayat.

Bermula September 2015, UTeM telah mula menawarkan 5 kursus secara MOOC melalui platform OpenLearning iaitu kursus Mandarin 1, Introduction to Database, Critical & Creative Thinking, Programming Technique, dan Technology Entrepreneurship. Kesemua kursus MOOC Malaysia termasuk MOOC UTeM telah dibangunkan menggunakan platform OpenLearning. Platform ini disediakan oleh syarikat OpenLearning Global (M) Sdn. Bhd.

Kerjasama UTeM – OpenLearning dalam menawarkan kursus MOOC telah bermula semenjak tahun 2014. Penawaran kursus-kursus tersebut secara MOOC, selain digunakan secara pembelajaran teradun di UTeM, ia telah berjaya menarik minat pelajar-pelajar Universiti Awam yang lain dan pelajar-pelajar antarabangsa dari luar negara.

Statistik terkini menunjukkan MOOC UTeM telah mempunyai seramai 4,793 pelajar berdaftar di mana pelajar berdaftar dalam kursus MOOC Mandarin 1 adalah seramai 1,399, Introduction to Database seramai 1,123, Critical & Creative Thinking seramai 1,377, Programming Technique seramai 470, dan Technology Entrepreneurship seramai 424.

Melalui kursus MOOC, pelajar UTeM dapat berinteraksi dan berkolaborasi dengan pelajar-pelajar Universiti Awam lain dan pelajar-pelajar antarabangsa melalui pelbagai e-aktiviti yang direkabentuk dalam MOOC yang diambil.

Bagi membolehkan UTeM menawarkan kursus MOOC berbayar dan bersijil yang layak diterima untuk pemindahan kredit antara Universiti Awam lain, satu Memorandum Perjanjian (MoA) antara UTeM dan OpenLearning telah ditandatangani pada 20 September 2016 yang lalu bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersempena dengan International University Carnival on e-Learning (IUCEL 2016).

Majlis menandatangani MoA tersebut juga melibatkan 5 buah Universiti Awam lain iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan UTeM dengan disaksikan oleh Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor YB. Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday.

MoA UTeM telah ditandatangani oleh Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Shahrin bin Sahib dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Datuk Dr. Mohd Razali bin Muhamad manakala OpenLearning diwakili oleh pengasas dan Pengarah Eksekutif OpenLearning iaitu Adam Brimo.

Antara tujuan lain MoA tersebut ditandatangani adalah untuk membenarkan UTeM menjalankan penyelidikan dengan menggunakan data-data berkaitan MOOC Malaysia bagi menjana analitik pembelajaran MOOC Malaysia dan seterusnya digunakan untuk menambahbaik rekabentuk pembelajaran secara MOOC.

 

Rujukan : http://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2018-03-15/ST.15.2018%20-%20Laporan%20Tahunan%20UTeM%202016_FA.pdf (Muka Surat 60)

The school sits at 106th and madison avenue, squarely in spanish harlem and blocks that could https://proessaywriting.org/ be light years away from the luxury tourist and advertising magnets farther down the avenue.