Visi, Misi dan Objektif

VISI

Pusat Sumber & Teknologi Pengajaran (PSTP) berhasrat menjadi sebuah pusat transformasi ke arah berdaya saing global menerusi wahana e-pembelajaran.

MISI

Menjadi Pusat Sumber & Teknologi Pengajaran (PSTP) yang akan membina suatu kerangka e-pembelajaran yang berdaya tahan atau lestari dan membuka peluang ke arah pendidikan berkualiti, adil, dan saksama menerusi e-pembelajaran

OBJEKTIF

  • Menyelaras pembangunan infrastruktur dan infostruktur e-pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh Pusat Komputer UTeM.
  • Menghasilkan pelbagai e-kandungan bagi mengukuh pembelajaran dan instruksi.
  • Meningkatkan kemahiran staf akademik, pelajar dan pihak berkepentingan melalui e-pembelajaran
  • Menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam pedagogi dan teknologi e-pembelajaran.
  • Membangunkan budaya berkongsi sumber e-pembelajaran dan e-kandungan.
  • Membina komuniti pengamal e-pembelajaran dan penjana kandungan e-tulen.
  • Membangunkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang membenarkan pelajar mempunyai persekitaran pembelajaran peribadi (personalised learning environment) di mana masa pembelajaran pelajar (student learning time) akan mengambilkira masa pembelajaran pelajar secara formal dan tidak formal.