Kata Aluan

 

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Di abad ke 22 pembelajaran fleksible merupakan satu warna baru di dalam sistem Pendidikan sejagat. Ilmu tidak lagi hanya diterjemahkan di dalam bentuk cetakan tetapi melalui saluran maya. Ilmu juga tidak lagi menjadi satu kebanggaan tetapi menjadi satu kemestian kepada setiap generasi. Teras sistem pembelajaran bukan lagi hanya tertumpu kepada hubungan diantara pendidik dan pelajar tetapi menjangkau lingkungan pembelajaran tanpa batasan. Perkara utama bagaimana Pendidikan ini akan terus wujud dan sentiasa berkembang selari dengan perkembangan semasa dan arus semasa. Kita tidak lagi boleh bersandarkan kepada sistem Pendidikan lama tetapi perlu mempunyai keupayaan untuk sentiasa mendalami ilmu masa depan. Corak Pendidikan berasaskan teknologi bukan lagi sesuatu yang luxury tetapi sesuatu yang mesti dipelajari oleh semua pendidik.

Menolak sesuatu sistem Pendidikan baru yang organic dan fleksible bukan saja menjadikan kita kehilangan peluang tetapi juga akan kehilangan daya saing. Generasi mendatang tidak lagi melihat Pendidikan itu tempat untuk mereka menimba ilmu, tetapi menjadikan Pendidikan itu sebagai salah satu social obligation, pengalaman yang dapat membentuk mereka menjadi lebih kompetitif dan membina peluang untuk menjadi lebih sustainable.

Begitu juga sebagai pendidik masa depan, kita tidak boleh melihat kaedah pembelajaran itu seperti di abad ke 18. Kita kena berubah mengikut peredaran masa dan sentiasa belajar untuk menjadi seorang pendidik yang hebat bukan hanya bagus sahaja. Seperti kata pepatah “Good teacher teach great teacher inspire”. Pendidik di masa depan bukan hanya berdepan dengan pelajar sahaja tetapi berdepan juga dengan disruptive technology dimana jika kita memahami apakah disruptive technology ini maka kita akan menjadi invalid. Untuk sentiasa mengekalkan kita ini sentiasa valid kita perlu mempelajari ilmu baru. Teknologi di dalam Pendidikan ini seperti aliran darah dalam badan kita. Teknologi berada di setiap ruang industri. Mahu tidak mahu kita perlu sentiasa peka dan mempelajari perubahan ini.

Saya berharap para pendidik akan sentiasa mempunyai visionary yang tinggi, broad knowledge, berfikiran cerdik dalam memacu sistem Pendidikan abad 22. Dengan ini kita akan sentiasa maju ke hadapan tetapi masih mengamalkan norma-norma dan nila-nilai murni sebagai seorang pendidik.

Profesor Madya Gs. Ts. Dr. Othman bin Mohd
PENGARAH
PUSAT SUMBER DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN (PSTP)

 

*TAHUN KEMASKINI : 2023