KEPUTUSAN PERTANDINGAN INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON e-LEARNING (IUCEL 2017)

Untuk makluman, UTeM telah menyertai International University Carnival on e-Learning (IUCEL 2017) yang telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan & dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris bin Jusoh pada 26 – 27 September 2017 yang lalu.

Objektif IUCEL 2017 dianjurkan adalah untuk mempromosi, meneroka dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam aplikasi e-Pembelajaran di semua peringkat institusi pembelajaran dari seluruh dunia.

UTeM telah menghantar 4 penyertaan dan berjaya memperolehi 3 pingat emas dan 1 pingat perak.

Penyertaan yang memenangi Pingat emas adalah

  1. Supporting Language Learning With Multi-Modal Interactivity
    (Sazilah Salam & Cheong Kar Mee)
  2. Wearable Technology In Education To Enhance Technical MOOC
    (Siti Feirusz Ahmad Fesol, Sazilah Salam & Norasiken Bakar)
  3. Gamified e-Learning Site Based On Student Intelligence To Increase Student Motivation
    (Siti Nurul Mahfuzah & Ahmad Zaki Yamani)

Sementara itu, penyertaan yang memenangi pingat perak adalah

  1. Enhancing Learning Experience Using Mandarin MOOC
    (Sazilah Salam, Cheong Kar Mee & Tan Poh Ee)

Kesemua 4 penyertaan merupakan ahli kumpulan penyelidikan Pervasive Computing & Educational Technology (PET).

Tahniah kepada semua peserta!