Selamat Datang Profesor Madya Gs. Dr. Othman bin Mohd sebagai Pengarah PSTP

  • September 21, 2023
  • 2023


TAHNIAH diucapkan kepada Profesor Madya Gs. Dr. Othman bin Mohd yang telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Sumber dan Teknologi Pengajaran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 15 September 2023 hingga 14 September 2026.

Sehubungan dengan pelantikan ini, seluruh warga Universiti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan diharap dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada Profesor Madya Gs. Dr. Othman bin Mohd untuk membolehkan beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah PSTP dengan cekap dan berkesan demi kecemerlangan Universiti.